Saturday 30 April 2016

BEKAM dan ISRAK MIKRAJ

PENGENALAN 

Bekam merupakan suatu kaedah perawatan yang semakin diminati oleh masyarakat hari ini. Manusia diterjah dengan pelbagai jenis penyakit yang menghantui jiwa dan perasaan . Penyakit ini bertali arus melanda sehinggakan hospital dan pusat kesihatan dipenuhi dengan pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan bagaikan tanpa kesudahan dengan kesembuhan.

Keinginan untuk sihat merupakan suatu fitrah dan naluri semua manusia. Ingin sihat dan segar ini membuatkan manusia bertungkus lumus mendapatkan apa-apa jenis produk dan servis kesihatan.

Sebagai umat Islam, Allah anugerahkan kepada kita dengan satu kaedah perubatan yang begitu maha hebat dan istimewa.Hadiah adalah hadiah daripada Allah kepada Nabi SAW pada malam Israk dan Mikraj.

Anas b Malik pernah berkata:
Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.” Sabda Nabi SAW lagi,

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

“Kesembuhan itu berada pada tiga minum madu, torehan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay.”

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

“Sesungguhnya kaedah peubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

APA ITU KAEDAH BEKAM?

Bekam adalah kaedah perubatan alternatif masa kini yang semakin menjadi pilihan ramai. Bekam bermaksud mengeluarkan darah yang bersifat kotor , beracun dan bertoksid tinggi melalui permukaan kulit (epidermis & dermis) dengan melakukan torehan jarum lancet . Kemudian menyedutnya dengan menggunakan alatan bekam moden berpandukan disiplin perubatan yang ketat .

Bekam adalah nature (semulajadi) kerana ia tidak menggunakan bahan kimia bahkan amat selamat serta sesuai untuk semua peringkat umur .

Bekam berfungsi menceggah penyakit dan merawat penyakit. Kedua fungsi ini amat membantu meringankan bebanan pesakit dengan cepat dan segera.

Terbukti secara klinikal dan makmal melalui kajian pakar-pakar perubatan di Malaysia seperti di HUSM Kubang Kerian dan pakar perubatan bertaraf dunia mengesahkan keberkesanan bekam. Sebenarnya bekam boleh merawat penyakit kritikal seperti stroke , kencing manis , menurunkan paraa kolesterol , darah tinggi , meningkat imuniti , menguuatkan keanjalan saluran darah dan banyak lagi penyakit semasa.

Sesiapa yang berbekam, inshaAllah akan menemui kesembuhan Ilahi .

PERUBATAN WAHYU.

Tiadalah sepatah kata dan bicara yang terbit dari mulut Baginda Nabi SAW semuanya adalah dipandu daripada Allah. Jauh sekali hawa nafsu dan keinginan duniawi semata-mata .

Tiap perbuatan baginda sepanjang baginda diutus sehingga baginda wafat adalah metode dan tatacara hidup yang wajib diikut oleh ummat.

Dengan kesedaran umat Ialam hari yang semakin menunjukkan kearah positif, amat wajar juga kita sejenak dilapangan perubatan Nabi SAW. Tiada yang sia-sia daripada pedoman baginda terhadap perubatan berbekam ini.

BEKAM DAN BULAN REJAB

Marilah kita mengambil bulan Rejab ini sebagai bulan yang berkat , kerana dibulan inilah baginda SAW di Israk dan Mikrajkan oleh Allah , seterusnya menerima jemputan Allah untuk bertemuNya di Sidratul Muntaha. Kemudian baginda di anugerahkan kewajipan solat sebanyak 5 waktu.

Didalam perjalan mikraj bagibda SAW tidak bertemu dengan para malaikat di langit melainkan para malaikat Allah itu mewasiatkan kepada baginda supaya menyuruh ummatnya melakukan berbekam.

2 hadiah besar daripada israk dan mikraj ini iaitu SOLAT dan BEKAM adalah anugerah Ilahi buat baginda dan umatnya. Atas dasar kasih sayang Allah buat makhluknya , Allah tidak akan membiarkan umat Nabi SAW di timpa penyakit melainkan telah ditunjukkan kaedah perubatan. Bekam adalah hidayah daripada Nabi SAW , walaupun telah sejak sekian lama di amalkan dalam masyarakat Arab, namun penegasan dan pengesoran dari malaikat Allah adalah suatu anugerah Allah kepada kita.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., dia berkata, “Rasulullah Saw pernah menyampaikan sebuah hadis tentang malam di mana beliau diperjalankan bahwa beliau tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau SAW dengan mengatakan, ‘Perintahkanlah umatmu untuk berbekam’.” (Sahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).

Sabda baginda lagi ” Pada malam aku diisrakan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad SAW, suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami’us Shaghir 2/731)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku berjalan melewati segolongan malaikat pada malam aku diisrakan, melainkan mereka semua mengatakan kepadaku: ‘Wahai Muhammad, engkau harus berbekam’.” (Sahih Sunan Ibnu Majah, Syaikh al-Albani (II/259))

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah Saw bersabda, “Tidaklah aku melewati satu dari langit-langit yang ada melainkan para malaikat mengatakan, ‘Hai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam, karena sebaik-baik sarana yang kalian pergunakan untuk berobat adalah bekam, al-kist, dan syuniz semacam tumbuh-tumbuhan’.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami, III/388)

Maka, yakinlah kepada kita berkaitnya antara SOLAT dan BEKAM kerana kedua-duanya di anugerahkan Allah dan seruan dari para malaikat Allah didalam perjalan israk dan mikraj baginda SAW.

KESIMPULAN

Dari Anas R.A., dia bercerita: “Rasulullah S.A.W bersabda: ” Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya” (Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al Mustadrak lil Hakim).

Dari Ibnu ‘Abbas r.a., dia bercerita: “Nabi Allah s.a.w. bersabda: ” Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan.” (Sunan Abni Majah)

Marilah sama-sama kita memperkasakan perubatan Rasulullah S.A.W dengan mengamalkan dan menyebarkan kebaikkannya kepada keluarga , sahabat , jiran tetangga dan masyarakat kita. Kita menyeru golongan agamawan supaya celik dan peka dengan rawatan bekam ini kerana mereka adalah rujukan masyarakat setempat.

Tunjukkan kesayangan kita kepada baginda SAW dengan mengamalkan sunnah baginda SAW.

Ikhlas dari :

Ustaz Sabri bin Yamin.


11 Rejab 1437 / 19 April 2016.

No comments:

Post a Comment